Perhimpunan Aman Bersih 28 April dan Polis Yang Cekap, Datuk Hantu & Dato’ Rasuah

0 comments

Perhimpunan Aman Bersih 28 April dan Polis Yang Cekap, Datuk Hantu & Dato’ Rasuah

Jika anda membaca strateji dan cara-cara bagaimana untuk mengekalkan kuasa yang ditulis di Blog Kuda Kepang, bekas wakil rakyat UMNO yang agak lantang dan melihat tindak tanduk polis Malaysia terutamanya ketika insiden di hari Perhimpunan Aman Bersih 28 April 2012 maka amat jelas PDRM kelihatan menjalankan tugas dan melaksanakan strategi keselamatan itu  sepenuhnya. Membuat provokasi untuk mematah gelombang semangat rakyat sebelum tidak terkawal dan terus mematahkan dan menggagalkan perhimpunan rakyat adalah objektif utama pasukan polis di barisan hadapan atau yang bertugas pada hari itu.

Mereka memang berjaya menghalang pencerobohan Dataran Merdeka tetapi mereka kalah teruk dari segi maruah dan moral kerana tindakan mereka memperlihatkan mereka begitu bodoh menurut perintah yang menyebelahi kemungkaran kerana objektif Bersih bukan untuk berperang atau mengadakan pemberontakan tetapi  hanya menuntut kerajaan BN yang korup berlaku adil dan memulihkan keadaan terutamanya berkaitan proses dan urusan mengendalikan pilihanraya. 

Apabila Bersih dinafikan maka terpancarlah secara tidak lansung wajah-wajah jahat kerajaan BN. BN gagal menyembunyikan penyelewengan yang dilakukan terhadap system pilihanraya melalui agensi SPR. Mereka memang benar-benar telah melakukan penyelewengan malah boleh dikatakan sebagai pengkhianat kepada negara apabila memberi  hak mengundi yang sepatutnya hanya kepada rakyat negara ini kepada pendatang asing untuk mengekalkan kuasa politik BN.

Walaupun BN menganggap kejayaan terbesar mereka  membendung  huru-hara tetapi  huru hara yang digambarkan itu terlalu jauh bedanya berbanding tindakan yang diambil oleh mereka. Pengumuman BN sebenarnya telah membuka mata dan memberi kefahaman yang lebih mendalam kepada rakyat jelata terhadap penyelewengan yang mereka lakukan. Ini adalah kerana bukan soal isu ketidakupayaan mereka membangun dan memajukan Negara tetapi adalah mengenai kebuasan dan pecah amanah yang mereka lakukan sehingga sanggup menidakkan hak dan kepentingan rakyat biasa.

 Pada hari Bersih 28 April 2012 PDRM telah  menjalankan tugas dan persediaan seolah-olah  betul-betul huru hara yang besar dan tidak terkawal akan berlaku. Ini adalah kerana mereka didesak dan terpaksa melakukannya seperti anjing yang dipaksa oleh tuannya. Mereka yang bertindak di luar tatasusila kepolisan dan banyak terpengaruh dengan emosi dan perasaan ialah pegawai bawahan dan mereka  adalah kumpulan petugas bawahan yang jahil atau masih bodoh dengan kejatian diri dari segi ilmu pengetahuan dan kemanusiaan. Mereka sebenarnya telah diperalat oleh ketua mereka dan ketua mereka yang korup itu terdesak dengan pelbagai ugutan mahupun insentif yang menyakitkan hati atau yang mengiurkan dari kuasa politik atau ekserkutif yang sebenarnya sering salah menggunakan kuasa rakyat yang diamanahkan kepada mereka.

Hal ini terus membudaya dalam PDRM dan akan pecah busuknya nanti apabila pegawai yang diarahkan terperangkap dalam kebodohan sendiri dan tidak dapat pembelaan daripada pegawai atasan yang jahat. Baru-baru ini seorang bekas pegawai atasan PDRM telah membongkar penyelewengan peguam Negara dan bekas ketua polis Negara. Sekirannya semua anggota bawahan tidak dikongkongi dengan sumpah taat setia yang membabi buta maka sudah tentu pegawai atasan tidak berani melakukan penyelewengan kerana tiada jalan keluar dari pertuduhan atau terpaksa memikul tanggungjawab dan balasan atau hukuman.

 Anggota bawahan masih tidak sadar bagaimana mereka dimanipulasikan oleh pegawai atasan sehingga terpaksa ke tali gantung dalam kes pembunuhan Altantuya yang misteri dan berat sebelah itu. Secara logik, bukan sahaja rakyat Malaysia tetapi difikiran manusia yang waras serata dunia tidak dapat menerima hukuman mati yang dijatuhkan kepada anggota bawahan yang melaksanakan arahan. Jika mereka berniat membunuh sekalipun kelihatan sangat tiada apa-apa kepentingan yang boleh diambil oleh mereka kecuali mereka dipaksa atau diberi jaminan kebal kepada tindakan undang-undang. 

Adalah menghairankan kerana watak Altantuya bukanlah pengganas yang zalim atau penjahat yang sangat bahaya sehingga pembunuhannya perlu diambil secara letopan atau mengebomnya. Dan yang paling hina dan hodoh ialah tindakan memasang bom pada tubuh mangsa bukan mengebom kediaman atau tempat mangsa berada. Bertambah pelik apabila telah terbukti mangsa telah mati ditembak terlebih dahulu dan apa perlunya dibom kecuali ada motif tertentu. Dan ini masih menjadi tanda tanya kerana rakyat tidak didedahkan siapa sebenarnya orang yang bertopeng yang menghadiri perbicaraan itu. Rakyat masih tertanya-tanya malah ada yang yakin sudah pasti ada  orang jahat berdarah sejuk yang sangat kejam disebalik arahan pembunuhan itu. Apa yang terpapar kelihatan seperti suatu permainan silap mata oleh kerajaan BN dan system kehakiman,  seolah-olah bertujuan mengaburi mata rakyat.

 Adalah diharap PDRM yang cekap itu akan kembali kepada lunas dan dasar perkhidmatan sebenar yang ikhlas dan berintergriti tanpa dikongkongi pengaruh jahat pihak politik atau pemerintah . Untuk tujuan itu semua pegawai tertinggi hingga ke bawah hendaklah disaring dan diuji sikap amanah dan kejujuran mereka. Kecekapan melakukan ketidakjujuran dalam menjalankan tugas mestilah dibuang. Ketua atau pegawai yang berpontensi menjadi ketua tetapi mempunyai unsur-unsur sikap yang jahat mestilah tidak dilantik menjadi ketua atau duduk di kerusi ketua yang jujur dan amanah. 

Sekiranya ini dapat dilaksanakan maka PDRM dijangka akan dapat mengembalikan maruah dan penghormatan yang pernah diberi kepada mereka. Pernah suatu ketika dahulu orang Melayu sangat menghormati semua anggota polis sehingga menyangka panggilan datuk yang diberikan oleh orang bukan Melayu kepada mereka seolah-olah pangkat datuk nenek moyang mereka yang telah mati dan disembah. Manakala orang Melayu sendiri memanggil datuk kepada anggota polis itu seolah-olah mereka berpingat dan mendapat anugerah bintang yang membawa gelaran dato’. Adapun jika ditanya kepada anak muda global pada hari ini, mereka akan menjawab datuk PDRM itu ialah datuk hantu atau dato’ rasuah.

Oleh Tun Sheikh Engku Bendahara
Dataran Merdeka 2.5.2012

UMNO SEMAKIN JAHAT ATAU MEMANG JAHAT?

0 comments

UMNO SEMAKIN JAHAT ATAU MEMANG JAHAT?

UMNO yang sedang berkuasa dan memegang sejarah memperjuangkan kemerdekaan dan pembangunan Negara mesti bertindak segera dengan segala kewajaran dan keadilan bagi mengekalkan kuasa agar tidak mengigau atau menjadi gila apabila hilang kuasa. Keadaan sekeliling pada hari ini memperlihatkan UMNO sentiasa bertindak dengan salah tingkah, terkeluar daripada adat resam kesopanan Melayu yang didakwa diperjuangkannya dan sentiasa kelihatan tergelingcir dari landasan keadilan awam. Ini sangat dikesalkan kerana akan mempercepatkan keruntuhan kuasa dan pengaruhnya. Segala tindakan UMNO yang sedang menerajui BN kelihatan sumbang dan melahirkan perasaan meluat dan benci oleh rakyat banyak. UMNO masih kelihatan sombong dan takbur dengan kuasa dan adalah sungguh menyedihkan jika ini tidak dirasai dan dihayati mereka.

Kini budaya samseng telah mula berleluasa. Kepimpinan UMNO tidak kelihatan dengan bersungguh-sungguh untuk mengatasinya kecuali menidakkan dan memutar belit fakta seolah-olah merestui apa yang telah dilakukan oleh ahli-ahlinya. Jika mereka menganggap itu hanyalah kelakuan segelintir yang nakal dan belum tentu ahli UMNO, hal ini adalah tidak dapat diterima oleh mangsa sisamseng itu dan juga rakyat. Peristiwa ini seharusnya tidak berlaku terutamanya di musim-musim piliharaya yang semakin dekat. Budaya lapuk dan jahat di musim pilihanraya ini hendaklah dibuangkan. UMNO seolah-olah kelihatan bangga apabila ada orang mensabotaj program-progam PR. UMNO terlupa bahawa pelakunya adalah dikenal pasti dan walaupun mereka seperti kebal tanpa tindakan polis, yang tercemar adalah imej dan nama baik UMNO itu sendiri.

Perlakuan samseng-samseng mengganggu program pertubuhan atau parti lain ini dilihat tidak matang dan adalah kerja orang bodoh kepada rakyat biasa yang telah celik dengan pelbagai malumat. Jika benar mereka mendapat arahan dari kepimpinan tertinggi UMNO atau sekurang-kurangnya dibela oleh UMNO maka tentu sekali nama baik UMNO yang telah pudar akan terus hilang terpadam. Kini dimerata tempat rakyat melihat UMNO begitu jahat dan semakin jahat. PM sendiri yang kelihatan begitu baik pada mulanya telah tercemar dengan tindakannya ketika berlaku peristiwa perampasan kuasa di Perak. Sepatutnya beliau tidak melibatkan diri secara langsung.

Kini PM sentiasa diburu pula oleh bayang-bayang kelakuan buruk isteri yang tidak wajar selaku isteri Perdana Menteri. Aktiviti penasihat APCOnya juga sangat mencemaskan rakyat yang dikatakan diterajui oleh misi Yahudi maka segala kebaikan PM kelihatan terangkat dan melayang seperti asap dihembus angin. Beliau kelihatan seperti jeneral yang baik tetapi tidak mempunyai tentera. Segala usaha beliau kelihatan sia-sia kerana musuhnya terlalu banyak bukan sahaja terdiri dari para pembangkang politiknya tetapi juga para menteri bawahannya yang diketahui umum semuanya seperti bertembolok besar. Ini adalah kerana tiada menterinya yang berani berhujah mengenai yang hak dan kebenaran. Semua bungkam di bawah ketiak PM kerana takut hilang jawatan jika menasihat dengan perkara yang hak dan betul kepada PM. Semuanya diam tetapi sebenarnya diam mereka akan mempercepatkan kejatuhan PM dan diri sendiri. Perangai hipokrit ini sudah tertakdir tidak selama-lamanya selamat.

Bermula peristiwa pergaduhan berdarah dan cedera di Johor kini telah menular di semua negeri. Tiada lagi negeri yang tidak mempunyai rekod gangguan oleh samseng-samseng yang majoritinya pemuda Melayu yang sebenarnya kelihatan begitu jahat dan tolol. Di Pulau Pinang, orang Melayu sendiri seperti tidak mengaku bahawa pelakunya adalah pemuda UMNO meskipun mereka secara terang-terangan mengaku dan bertindak atas nama UMNO. Ini adalah kerana wajah mereka bukan Melayu asli tetapi seperti mamak yang berperangai seperti kebiasaan orang India yang samseng tidak menentu. Pemimpin UMNO hendaklah memandang berat terhadap persepsi ini. Hal ini mestilah disiasat segera dan pemimpin UMNO yang dikenal pasti mengarahkan samseng itu hendaklah dipecat walaupun sekiranya beliau berjawatan menteri.

Pemimpin UMNO mestilah berfikiran waras dan yakin bahawa jika pada pilihanraya kali 13 ini mereka kalah, kekalahan mereka dan menjadi pembangkang bukanlah untuk selama-lamanya tetapi hanya untuk semntara. Ini adalah kerana orang Melayu kini sudah cerdik dan ingin memberi pengajaran kepada kepimpinan UMNO. Pada hakikatnya mereka masih yakin dan sayang kepada kebolehan UMNO memimpin Negara dan menggerak pelbagai kemajuan dan pembangunan. Apa yang mereka tidak berpuas hati adalah terhadap tingkah laku, perangai dan kelakuan sebahagian besar pemimpin UMNO yang kelihatan bergaya hidup mewah, sombong dan bongkak dan memperbodohkan rakyat secara terang-terangan. Mereka sangat tidak berpuas hati terhadap penyelewengan dan pecah amanah yang dilakukan oleh pemimpin UMNO dan BN yang telah terbukti dalam kes-kes di mahkamah.

Mereka berharap mereka akan dapat memberi pengajaran supaya UMNO di masa hadapan akan balik ke asal perjuangan iaitu untuk kebaikan dan kebajikan semua rakyat dan pemimpin UMNO sendiri hendaklah sedar bahawa orang Melayu merupakan rakyat dari golongan majoriti. Tetapi jika kepimpinan hari ini tidak bertindak segera memperbetulkan semua perkara yang dibenci rakyat terumanya budaya rasuah dan penyelewengan khazanah Negara maka tidak mustahil UMNO tidak akan dapat bangun semula.

Pemimpin UMNO mesti segera memberhentikan segala fitnah dan onar yang dimainkan oleh media mereka. Semua kebaikan hendaklah diuarkan tanpa mempedulikan kelemahan pembangkang tetapi sesuatu berita kemajuan dan kebaikan kerajaan janganlah diolah sehingga meloyakan. Buang atau pecat segera pemimpin yang ternyata tidak amanah dan rasuah dan umumkan kabinet bayangan yang terdiri dari tokoh-koh pemimpin yang berani dan jujur tanpa mengumumkan nama mereka. Umum dan bertindak segera terhadap kemahuan rakyat iaitu strateji dan tindakan menghapus rasuah. Tidak ada salahnya jika BN bertindak segera ke arah kerajaan berkebajikan kerana mempunyai kuasa berbanding PR yang hanya baru mencita-citakannya. Yang amat penting ialah panggillah ulamak tersohor yang berkecuali, bergaul dan ambillah pandangan mereka dan bertindaklah segera mensucikan agama dengan mewajibkan setiap menteri mempunyai seorang penasihat ahli agama atau ulamak yang tidak berkepentingan diri kecuali tulus dan ikhlas kerana agama itu sendiri.

Kerajaan hendaklah menghindar diri dari menggunakan wang dan harta rakyat dengan tidak berkelakuan seperti menabur jagung kepada ayam sebagaimana yang dilakukan ketika ini. Rakyat memang kelihatan gembira tetapi hal ini tidak akan berpanjangan malah akan diikuti oleh bayangan dan persepsi negatif kepada BN sendiri. Jika UMNO dan BN tidak nampak masalah yang besar ini, maka sudah wajar diucapkan kepada mereka “Selamat Tinggal UMNO dan BN”. Janganlah yang jahat itu semakin jahat kerana orang lain juga membaca strateji UMNO mempertahan kuasa sebagaimana ditulis dalam Blog YB Kuda Kepang yang memang telah dilatih dan terlatih menggunaka pelbagai strateji jahat yang dianggap bijak jika menang. Tetapi sebenarnya BN akan terkubur terus jika kalah kerana strateji yang dipelajari UMNO itu ialah strateji bersumber manusia syaitan yang tidak akan menang apabila berdepan dengan orang beriman dan kuasa Tuhan. Fikir-fikirlah wahai UMNO dan Melayu bangsaku agar kita sama-sama keluar dari kesesatan ini.

Oleh Tun Sheikh Engku Bendahara

Parlimen KL 21.3.2012

Hitam dan Putih Kehidupan DS Anwar Hanyalah Batu Catur

0 comments
Hitam dan Putih Kehidupan
DS Anwar Hanyalah Batu Catur

Hari ini 9 Januari 2012, Mahkamah Tinggi telah melepaskan DSAI dari bersalah terhadap tuduhan meliwat. Penyokong DSAI bersorak gembira dan ada yang mengeluarkan air mata. PDRM tidak sempat untuk membuat onar atau provokasi kerana pada kenyataannya PDRM sudah terlalu banyak berbau bangkai yang terhidu darinya daripada bau haruman. PDRM sebenarnya adalah sebuah agensi atau entiti yang pakar dan terdidik serta terlatih untuk membuat helah dan bertindak atas dasar menjaga keamanan dan mematahkan huru hara. Cuma kedudukannya dan keterpaksaannya disebabkan ketua yang dalam keadaan tercucuk hidung dengan sumpah setia etika dan sumpah kepada pemimpin negara yang bijak mengeksploit sepenuhnya. Pemimpin-pemimpin negara pula ramai yang terhijab hati mereka maka kelihatanlah PDRM yang hebat itu sebagai entititi yang busuk. Pada hakikatnya jika terlalu ramai rakyat yang mencintai kebenaran keluar dan memberontak terhadap kezaliman dan penganiayaan tanpa perlu menunggu isu, masa atau tempat seperti apa yang direncanakan untuk berhimpun di Mahkamah Tinggi Jalan Duta, sempena kes liwat DSAI, tiada senjata moden yang boleh mengatasinya. Jika digunakan juga maka kesemuanya sama-sama akan hancur dari segi moral dan fizikal.

Penyokong DSAI yakin bahawa ini benar-benar konspirasi politik dan cobaan fitnah ini sudah dijangka gagal dan dianggap basi kerana pemimpin politik yang memegang tampuk kerajaan dengki dan berhati busuk. Kerajaan pula di satu pihak yang lain, dengan bangga memaklumkan bahawa inilah bukti-bukti bahawa sistem kehakiman negara ini adalah bebas dan tuduhan konspirasi kerajaan adalah tidak berasas. Rakyat yang mengikut perkembangan tanpa menyebelahi mana-mana pihak tetap terkeliru dan bingung tidak dapat membuat keputusan yang tepat untuk menyebelahi salah satu pihak. Kerajaan terutamanya UMNO menganggap UMNO atau BN tidak terlibat kerana ini hanyalah masalah atau kes pribadi DSAI dengan Saiful, bekas pembantu pribadinya.

Bagi orang yang berpengalaman dan boleh memandang jauh, kes ini dianggap belum selesai. Ia masih dalam permainan pihak berwenang iaitu kerajaan atau UMNO yang dituduh berusaha menguburkan karier politik DSAI. Mahkamah rayuan adalah penentunya tetapi mungkin jika menang atau tiada rayuan, DSAI tetap akan dihadapkan dengan entah apa kes lagi atau fitnah yang lain pula. Pokoknya UMNO yang telah berada di hujung jurang akan berusaha supaya tidak tertolak jatuh dan seterusnya hilang kuasa. Kehilangan kuasa ini bukan sahaja sebagai mimpi buruk tetapi berupaya menjadikan ramai pemimpin UMNO akan gila setidak-tidaknya gila kuasa atau gila bayang dan gila yang amat dibimbangkan ialah gila darah.

Gila darah boleh dan biasa berlaku kepada entiti yang terlalu kecewa kerana kehilangan kuasa dan nikmat-nikmat kesenangan yang pernah dirasai. Entiti yang berkuasa dengan amalan buruk dan membudayakan pembohongan dan penipuan adalah lebih mudah mencetuskan porak peranda melalui kekerasan dan keganasan. Sayangnya mereka tidak pernah sadar dan peka bahawa janji tuhan tidak pernah mungkir. Tuhan akan menarik balik rahmat dan nikmat kepada mereka yang zalim, sombong dan melampaui batas. Sekiranya ditilik kepada kekuasaan Melayu UMNO, ciri-ciri ini sudah nyata ada diamalkan oleh mereka sehingga badan kepolisan dan kehakiman seolah-olah mengikut telunjuk mereka manakala ahli bijak pandai pula terugut dengan bayang-bayang hilang pangkat dan kedudukan dan tidak berani bersuara, manakala ulamak agama pula diketepikan dan diperlekeh.

Kita berdoa semoga negara Malaysia tercinta ini terhindar dari orang politik atau pemimpin yang kemaruk darah setelah hilang kuasa. Kita juga hendaklah berdoa semoga pemimpin Melayu UMNO segera kembali ke pangkal jalan, beramanah dan telus memegang amanah serta jujur. Paling tidak kita berdoa semoga mereka tenang dan matang dan bertindak rasional jika hilang kuasa kerana kejatuhan mereka sebenarnya adalah sebagai rahmat dan pengimbang kematangan berpolitik kontemporari. Rakyat pula berpeluang mengadili dan menikmati peneraju atau pengganti yang lebih baik lagi. Mungkin PR atau mungkin BN dengan generasi kepimpinan barunya. Apa yang penting ialah keharmonian dan keselesaan hidup rakyat dinikmati secara merata dan berkebajikan untuk semua bukan lagi hanya kepada kroni dan pengampu.

Kepada yang keliru dan suka bekecuali sebenarnya adalah sangat mudah untuk membuat jangkaan jika kita suka dan berpihak kepada kebenaran dan kebaikan. Sebagai contoh, memang tidak perlu kita menyebelahi mana-mana pihak. Dengan hanya memerhatikan bukti dan hujah dari ke dua belah pihak di mahkamah, kita sebagai hakim telah mengetahui dengan mudah apa yang perlu kita lakukan atau membuat keputusan. Katakan bukan DSAI tetapi yang dituduh itu adalah orang biasa yang kita tidak kenali. Beliau dituduh meliwat dalam keadaan saksi pakar secara sainstifik membuktikan bahawa yang kena tuduh tidak akan berupaya melakukannya kerana berpenyakit. Ini adalah serupa apabila kita mengadili kes tertuduh yang meliwat pada tarikh dan tempat yang tidak atau belum wujud. Sudah tentu kita tidak akan menerima sebagai hujah bukti pendakwaan kerana ia tidak logik dan mengarut. Contoh bukti logik dan jelas ialah yang menuduh didapati seorang homo kerana dalam bahan bukti dari duburnya terdapat banyak dna sperma dari ramai lelaki atau orang lain secara sainstifik tetapi penuduh tidak mengaku, sebaliknya mengaku suci. Sekiranya kita atau rakyat adalah seorang hakim yang paling bodoh pun, tentunya dengan mudah akan menolak kes ini kecuali diugut dan dipaksa.

Sehubungan dengan itu, kita mesti bergembira dan berterima kasih kerana Tuan Hakim adalah seorang yang berani dan masih waras bukan kerana isu DSAI tetapi adalah kerana kewajaran dan keadilan dari segi kehakiman itu sendiri. Tidak pedulilah samada Tuan Hakim dipaksa atau terpaksa atau buat-buat adil. Apa yang penting hukumannya adalah selari dengan jangkaan kita yang melihat fakta dan hujah yang disuap dan terbentang jelas ke arah keputusan itu sendiri. Kita juga mesti bersyukur kerana DSAI sebenarnya batu catur sahaja apabila beliau mengatakan bahawa dirinya tidak penting. Sama ada beliau ke penjara atau dibebaskan, perjuangan mengembalikan ketelusan, kejujuran dan beramanah ini mesti diteruskan. Dan jika kita adalah seorang yang mencintai kebenaran, maka perkara ini mestilah disokong dan diutamakan. Dan dalam hal ini tidak kiralah siapa yang menjadi pemimpin sama ada PAS, PKR, UMNO atau BN hendaklah kita menyokong mereka. Cuma dalam memastikan siapa yang benar-benar jujur, kita telah pun diberi pengalaman oleh tuhan malah kita diberi pilihan untuk memilih atau mencoba yang baru.

Jika kita seorang yang Muslim dan cenderong serta mengerti serba sedikit hal agama yang selama ini kita fikir atau terpengaruh dengan fahaman bahawa ia adalah berasingan tetapi pada sebenarnya tidak begitu, maka sudah tentu kegairahan kita untuk mencoba yang baru adalah lebih kuat daripada yang lama. Ini adalah kerana kerajaan yang lama kelihatan tidak lagi mementingkan kehendak ramai atau majoriti rakyat dan telah terbukti banyak penyelewengan dilakukannya manakala petunjuk Islam pula mengingatkan bahawa jangan sekali-kali kita masuk di lubang penipuan yang sama buat kali keduanya. Kepada yang terlanjur diberi juga peluang mensucikan diri dengan bertaubat. Begitulah indahnya Islam ini selaku agama petunjuk untuk segala manusia.

Oleh Tun Sheikh Engku Bendahara

Perhimpunan Melayu 2011 Yang Syok Sendiri

0 comments

Perhimpunan Melayu 2011 Yang Syok Sendiri

Perhimpunan Agong UMNO 2011 dari 29 November hingga 3 Disember telah pun tamat. Tidak dinafikan bahawa isu-isu utama adalah mengenai kepentingan Melayu. Isu ketuanan Melayu dijerit dengan lantang kerana hendak memberi kesadaran kepada perwakilan yang hadir. Isu atau cerita hak dan warisan Melayu seolah-olah berulang setiap tahun dan tiada isu baru. Hakikat terjadi sedemikian adalah kerana mereka berasa angkuh dalam nikmat kekuasaan tanpa menyedari tentang kuasa dan ketuanan Melayu dan semangat perjuangan untuk melestarikan ketuanan Melayu itu juga diperjuangkan oleh orang lain atau parti-parti lain. Mereka bergempak gempita dengan sombong dan angkuh menunjukkan kehebatan UMNO memimpin Negara. Sebenarnya, jauh disudut hati mereka sudah terasa malah yakin kuasa Melayu yang diterajui dan dinikmati mereka akan hilang jua pada suatu hari nanti.

Dalam perhimpunan UMNO 2011, mereka seperti biasa terlalu menekan soal hak Melayu seolah-olah tiada parti lain yang sama memperjuangkannya. Mereka memperlekeh parti Melayu lain kerana yang memegang tampuk kuasa di peringkat Negara ialah UMNO. Kuasa dan tempuh kuasa yang telah melebihi separuh abad juga telah membuat UMNO begitu angkuh sehingga terlupa bahawa segala isu yang dibentangkan dalam perhimpunan itu diikuti oleh sekalian rakyat pelbagai kaum. UMNO terlupa bahawa media yang digunakannya bukanlah miliknya tetapi rakyat yang terdiri dari pelbagai suku, bahasa dan berlainan fahaman fikiran. Kelupaan UMNO untuk mengimbangkan status perhimpunan parti itu sebagai parti yang bukan milik semua telah membongkar rahsia dan kegelojohan serta kerakusan cita-cita dan perjuangan mereka terhadap bangsa Melayu. Lebih parah lagi apabila pemimpin tertinggi UMNO bercakap dan mengeluarkan pandangan mengenai Melayu dalam perspektif yang sempit. Pada hal pada waktu yang sama, mengaku sebagai pemimpin Negara. Maka pandangan dan pemikiran mereka diterima sebagai milik semua tanpa menghadkan keterbatasannya untuk ahli UMNO sahaja.

Sehubungan itu pandangan malah prinsip mereka kelihatan begitu kerdil dan tidak bermutu kerana tidak mempunyai nilai yang sesuai untuk semua rakyat. Kesilapan ini tidak disadari oleh pemimpin UMNO termasuk PM dan TPM kerana diselaputi bayang-bayang kekalahan dan penolakan rakyat kepada diri mereka. Masa depan Negara kelihatan gelap kerana wawasan mereka tidak bermutu dan bernilai sejagat kecuali hanya khusus untuk Melayu sahaja. Melayu itu pula telah dihadkan sendiri oleh UMNO sebagaimana diamalkan oleh mereka. Melayu tidak meliputi semua Melayu kecuali ahli UMNO sahaja. Maka segala perjuangan dan keistimewaan kelihatan untuk ahli UMNO sahaja dan gambaran bentuk penyelewengan kelihatan begitu nyata dan jelas.

Jika semua rakyat yang mendengar coba menyesuaikan diri dan membayangkan diri sebagai ahli UMNO dan Melayu, maka akan terasa isu dan mesej utama bukanlah kepentingan Melayu atau ketuanan Melayu tetapi propaganda dan usaha para pemimpin Melayu untuk terus berkuasa menjaga kepentingan pribadi dan untuk memastikan tembolok mereka terus penuh dengan harta dan wang ringgit yang boleh diperolehi secara mudah dari hasil usaha yang sedikit. Asalkan bijak melakukan penyelewengan dan menyembunyikan aktiviti rasuah, mereka akan berjaya.

Sebenarnya, bukan hanya Melayu UMNO sahaja yang yakin mereka adalah berkemampuan memimpin Negara, tetapi semua rakyat jika mereka hentikan budaya pecah amanah dan rasuah dengan serta merta. Kini rakyat sadar jika budaya rasuah tidak diamalkan oleh Melayu UMNO sejak Negara merdeka, tentu sekali keadaan dan kemajuan dalam pelbagai bidang di Negara ini adalah lebih baik dan hebat dan dapat dinikmati oleh rakyat semua peringkat. Jurang kemiskinan tidak seperti sekarang dan kadar rakyat Malaysia yang gila atau tidak siuman tidaklah akan terus meningkat seperti sekarang kerana hidup penuh dengan tekanan.

Perhimpunan UMNO 2011 tidak menyentuh isu-isu ketelusan dan pecah amanah kerana mereka sudah membudayakannya sejak sekian lama dan kelihatan mustahil memperbetulkannya. Malah PM dan TPM seolah-olah putus-asa dan tidak berkeyakinan boleh memperbaikinya. Sebaliknya, mereka seperti merestui budaya rasuah dan penyelewengan seolah-olah terpaksa kerana untuk menyelamatkan diri sendiri yang telah lama bergelumang dengannya.

Berikutan daripada nounsa atau suasana dalam perhimpunan ini yang tidak menyemarakkan isu-isu besar yang sedang ditanggung oleh rakyat, maka UMNO kelihatan tidak berwibawa lagi kecuali menampakkan wajah-wajah perakus dan perampas hak rakyat yang dilindungi undang-undang ciptaan mereka. Semangat Melayu yang dilaungkan mereka pula kelihatan seperti manusia Melayu yang ganas dan samseng tidak tentu pasal. Perwakilan yang datang kelihatan seperti kumpulan manusia bebal yang telah dicucuk hidung oleh pemimpin yang jahat tetapi bersembunyi disebalik suapan dan bibir manis. Perwakilan seperti wakil kumpulan orang bodoh kerana tiada idea atau takut bersuara menongkah arus meskipun isu itu adalah benar dan mustahak. Inilah akibat dari termakan budi setelah ditanggung segalanya ketika di kawasan atau di kampong masing-masing sehingga menginap di hotel di Ibu Kota untuk hadir ke perhimpunan. Perjuangan Melayu yang dibawa mereka sebenarnya sedang menuju kepada kehancuran.

Pemimpin yang rasuah dilindungi dan perwakilan tidak ambil kisah. Sepatutnya mereka membuang mereka dengan menuntut mereka yang rasuh dan jahat agar dipecat atau mengundur diri. Mereka mesti segera bertindak dan berkorban demi kepentingan Melayu yang berwawasan dengan membersihkan segera nama UMNO Melayu secara tegas dan kolektif pada waktu yang tinggal sedikit ini. Tetapi jalan yang mereka ambil ialah seolah-olah menyemai dan membajai samseng Melayu untuk menakut-nakutkan rakyat tanpa sadar tindakan ini akan lebih menjauhkan rakyat dari Melayu UMNO. Mesej presiden dan timbalan presiden yang berbau perkauman adalah amat janggal kerana didengari serata Negara malah ke pelusuk dunia. Padahal mereka adalah pemimpin tertinggi Negara yang berbilang kaum. Hal ini sebenarnya begitu mencemaskan dan menjadi dendam kesumat kepada rakyat yang sedang berjuang menuntut ketelusan, amanah, berintergriti serta mengharapkan nilai-nilai terpuji sejagat diutamakan.

Hai bangsa Malaysia, bangunlah dari lena tidurmu yang hidup dalam kebodohan kerana diperbodohkan oleh pemimpin yang bejat dan jalang. Tidak kiralah dari parti mana atau pertubuhan apa yang kita dokong hendaklah kita perjuangkan yang hak dan kebenaran, baik dan berkebajikan. Biar kita bodoh kerana jahil dan bangun dari pelajaran hasil kesilapan. Tetapi jangan kita terus hidup dicucuk hidung oleh pemimpin yang perakus dan mengamalkan budaya hidup yang disenangi syaitan.

Oleh Tun Sheikh Engku Bendahara

Angin Perubahan dan Penguasaan Generasi Muda

0 comments
Perubahan Dan Penguasaan Generasi Muda

Merata Dari Selatan Ke Utara

Sejak pulang dari menziarahi Makam Wali 9 di Pulau Jawa pada bulan Jun lepas, sehingga kini Tun Sheikh rasa masih belum reda atau dapat berehat. Tun Sheikh baru pulang dari Langkawi kerana melancung atau berehat tetapi sebenarnya itu adalah istilahnya sahaja kerana pada hakikatnya Tun Sheikh tidak dapat mengelakkan diri dari melihat, meninjau atau menerima maklumat terutamanya mengenai isu-isu semasa, politik mahupun program kerajaan dan sebagainya. Selepas pulang dari Surabaya, teman Tun Sheikh menjemput Tun Sheikh ke Kedah untuk meninjau perubahan dan keadaan kebajikan yang dinikmati dibawah pemerintahan baru. Jemputan itu bukanlah jemputan rasmi tetapi hanya dari sekelompok sahabat handai dari pelbagai fahaman fikiran yang merupakan kenalan lama yang pernah bekerja sepejabat dengan Tun Sheikh semasa muda-muda dahulu.

Kemudian Tun Sheikh diundang oleh sahabat di Pulau Pinang dengan tujuan yang sama malah sempat Tun Sheikh diperlihatkan rasa bangga mereka terhadap kerajaan Pakatan Rakyat yang dianggap benar-benar mengkotakan janji mereka. Walaupun yang memegang tampuk kerajaan negeri ialah Parti DAP tetapi kepimpinan mereka berusaha mengimplimentasikan corak pemerintah Islam bukan kerana mereka ingin mengambil hati orang Melayu Pulau Pinang yang beragama Islam tetapi kerana mereka yakin terdapat banyak dasar, amalan dan pengajaran mahupun pelajaran yang bernilai tinggi dalam Islam itu sendiri adalah baik dan sesuai untuk dilaksanakan atau diamalkan. Apa yang sangat ketara adalah sikap telus mereka dan dasar menjaga kebersihan kota.

Di Kedah, Tun Sheikh dibawa ke Sungai Petani, Alor Star, Juru, Tikam Batu, Pantai Merdeka, Kuala Muda dan Pendang. Tidak sangka tujuan utama pada asalnya adalah untuk merisik sebuah keluarga di Kedah rupa-rupanya menjadi input melihat suasana penghidupan rakyat Kedah dari pelbagai bidang dan fahaman politik. Ini adalah kerana sejarah latar belakang Tun Sheikh sendiri yang pernah mengikuti atau menjadi ahli berbagai parti dan NGO samada yang berdaftar mahupun tidak berdaftar seperti ABIM dan Al Arqam. Pengalaman memondok dan berguru mempelajari kitab kuning tidak menjadikan Tun Sheikh merasa kekok bergaul dengan sahabat handai dari kumpulan itu. Begitu juga pengalaman bersekolah campur dengan bangsa lain seperti Cina dan India ketika di alam persekolahan itu tidak menjadikan Tun Sheikh berfikiran prejudis. Tetapi apa yang ingin Tun Sheikh perkatakan di sini ialah kelihatan suatu trend menyenangi keadaan politik kerajaan negeri bukan BN yang kelihatan dari pelbagai bangsa.

Di Perak, ketika Tun Sheikh bertandang di Parit, Tapah, Batu Gajah, Ipoh lain pula suasananya. Di Perak keadaan rakyatnya seperti menyimpan rahsia atau menyembunyikan sesuatu. Mereka malas bercerita mengenai politik tetapi sempat bersungut bahawa belum ada perubahan di Perak sejak pentadbiran negeri dirampas BN. Pembangunan seperti biasa dan tiada siapa boleh menafikannya tetapi apa yang dimaksudkan mereka ialah mengenai kebajikan dan ketelusan. Mereka bosan dengan budaya pentadbiran BN yang mementingkan kroni dan terlalu sering menusukkan ke telinga mereka dengan berita dan propaganda politik yang sama seperti dulu. Mereka seperti dipaksakan kerana pihak istana memihak BN dan pengikut fahaman politik lain didiskriminasi atau dilayan seperti mereka bukan rakyat Perak. Mereka menjalani hidup seharian dengan usaha dan ikhtiar sendiri, tidak dapat bergantung harap kepada pemerintah atau kerajaan negeri yang diterajui BN.

Itulah sedikit cerita keadaan di tiga buah negeri itu dan ketika di bulan puasa Tun Sheikh sering berulang alik ke selatan pula iaitu ke Negeri Sembilan dan Melaka kerana ada anak belajar di sana. Dalam kesempatan itu, Tun Sheikh singgah dan menziarah sanak saudara dan kawan-kawan. Di Negeri Sembilan, saudara mara yang berfahaman UMNO atau BN tidak segan silu lagi menceritakan salah tingkah atau isu-isu yang tidak dapat dikecapi bersama oleh mereka. Mereka menuduh pemimpin mereka bolot seorang dan tidak puas atau tamak. Tun Sheikh dengar sahaja kerana sejak dulu Tun Sheikh bersikap neutral dalam berperinsip dan fahaman supaya terbuka dan selesa saudara mara yang ingin mengadu atau bercerita.

Di Pedas, Rembau dan Bahau cerita agak sama. Semua berkisar kepada kelompok dan isu pemuda yang inginkan perubahan tetapi seolah terhalang dengan ugutan atau provokasi kepimpinan dan konco-konconya yang sedang berkuasa miskipun mereka telah terasa pengaruh berkurangan dari hari ke sehari. Ketua Pemuda UMNO seolah-olah kena gari dengan gari getah (istilah mereka) kerana terlalu berhati-hati dan dalam waktu yang sama diserang oleh sekutu sendiri dari dalam UMNO kerana berdendam dan cemburu dengan kuasa dan pengaruhnya sedikit masa dulu.

Di Kuala Pilah dan Sri Menanti sampai ke Tampin, sesuana seperti neutral atau seperti tiada apa yang berlaku kerana tempat-tempat ini dipengaruhi oleh keadaan istana. Dan semua orang tahu bahawa istana memang ada hubungan MOU dengan UMNO dan BN. Meskipun begitu generasi muda mereka terlalu gairah inginkan perubahan terutamanya dalam menangani rasuah dan budaya kroni tetapi mulut mereka kelihatan bungkam kerana hormat kepada adat dan pengaruh istana. Tun Sheikh percaya, mereka akan meledak juga apabila berkesempatan nanti jika mereka terus dibiar dan dijadikan pemerhati saja.

Di Melaka, rakyat masih mengenang jasa Rahim Tambi Chik. Mereka sayang kepadanya tetapi tidak memaafkan perilakunya memperkosa kanak-kanak. Sayang mereka kepada Rahim seperti pepatah mengulum racun, ditelan mati dibuang sayang atau ditelan mati emak dibuang mati bapak. Rahim dianggap menimbun kekayaan dengan memperkasa ekonomi Melaka tetapi pemimpin sekarang mengumpul harta melalui budaya rasuah dan masih tidak serik walau pernah dihukum oleh kepimpinan tertinggi UMNO. Sampai ada ketika orang Melaka sendiri memperli inilah bahana seorang pemimpin yang berasal dari keluarga miskin. Jika telah biasa dengan kekayaan tidaklah seteruk begini.

Boleh dikata bahawa di Melaka sebenarnya tiada harapan lagi untuk mengekalkan kuasa jika UMNO gagal memujuk orang Melayu yang tidak sehaluan lagi ketika ini. Untuk mengharapkan orang Cina yang majoriti di Melaka ketika ini adalah umpama mimpi di siang hari. Orang Melayu Melaka pun selamanya tidak sanggup untuk berkorban lagi kerana banyak harta tergadai kerana ingin memuaskan hati orang lain. Pemimpin UMNO kaya raya denga kroni dan sahabat bukan Melayu mereka.

Di Johor pula, rasanya tidak perlu Tun Sheikh rakamkan disini kerana reformasi yang sedang berlaku adalah reformasi minda generasi baru. Mereka hauskan ketelusan dan kesederhanaan kepimpinan dalam meneroka atau menimbun kekayaan kerana mereka selaku rakyat biasa telah merasa tersepit dengan pelbagai hambaatan dan masalah kehidupan. Tidak mustahil jika pemimpin BN di peringkat pusat tidak berjaya menunjukkan perubahan yang drastik dalam menangani rasuah dan tidak telus dan cermat mengeluarkan hujah-hujah mahupun isu semasa maka generasi muda Johor akan berpaling tadah secara senyap sebagai tanda membantah.

Itulah sedikit sebanyak persepsi Tun Sheikh mengenai keadaan pemikiran rakyat terutamanya orang Melayu dari Selatan ke Utara dari Jun hingga September ini bersesuai dengan keadaan dan kesensitifan pelbagai isu dan kesempatan Tun Sheikh meninjau secara bebas dan berpeluang berulang-alik secara kebetulan mahupun secara pribadi dan undangan tidak rasmi. Ketika di bulan ramadan, ketika menyambut hari raya dan berziarah serta ketika mengurus anak-anak yang sedang menuntut di negeri-negeri berkaitan. BN dan UMNO perlu berubah segera membenteras rasuah di kalangan dan kelompok sendiri dan usah lagi mempermainkan isu agama kerana orang Melayu di luar sana tidak lagi buta hati seperti orang UMNO yang buta kerana amalan dan budaya rasuah. Benarlah janji Tuhan bahawa Allah akan mengganti anda dengan kelompok yang baru jika anda berterusan berkelakuan fasik dan menyombong diri.

Oleh Tun Sheikh Engku Bendahara
Sri Menanti N9

Sejarah Kemerdekaan Malaysia & Bayang-Bayang Peradaban Tamadun Bangsa Melayu

0 comments

Sejarah Kemerdekaan Malaysia & Bayang-Bayang Peradaban Tamadun Bangsa Melayu

Seperti biasa pada 31 Ogos setiap tahun kita akan menyambut hari kemerdekaan. Kerajaan pimpinan UMNO bersungguh-sungguh berkempen dan memprogandakan bahawa hanya UMNO yang telah berjaya dan berjasa memerdekakan negara ini. Berikutan itu banyak penulis dan pengkaji sejarah yang tidak terikat dengan kefahaman UMNO telah menulis mengenai kemerdekaan Malaysia dari pelbagai sudut dan persfektif. Mereka tidak dipedulikan oleh kerajaan UMNO kerana menganggap hasil penulisan mereka adalah tidak benar dan picisan sahaja. Lebih-lebih lagi hasil penulisan mereka seolah-olah cenderung menafikan jasa-jasa pejuang kemerdekaan tanahair hanya oleh pemimpin awal UMNO.

Sejarah tamadun, kebudayaan dan kerajaan negara ini memang begitu unik kerana faktanya tidak tersusun dan tidak mempunyai sempadan waktu dan sepadan geografi yang tepat. Hal ini bertambah rumit dan longgar kerana tidak banyak artifak dan bahan bukti saintifik ditemui. Setakat ini rakyat dan peminat sejarah hanya didedahkan dengan asal-usul kerajaan Melayu Melaka dan sebelum itu ada kerajaan Melayu bertaraf empayar seperti kerajaan Melayu Srivijaya. Kerajaan Melayu Campa yang dianggarkan telah wujud sebelum Srivijaya masih samar-samar malah begitu juga terhadap kerajaan Melayu Palembang. Berbagai hipotesis oleh pengkaji sejarah dengan pelbagai kesimpulan dan pandangan menambah lagendanya. Ada yang mengatakan ia berasal dari kerajaan Majapahit yang berakar umbi dari kebudayaan Jawa dan dari tanah Jawa itu sendiri. Ada yang mengatakan berasal dari kerajaan Mala di utara Thailand atau Banjaran Himalaya.

Secara tidak langsung teori lama yang mengatakan bangsa Melayu berasal dari Yunan atau Cina telah tertolak lebih-lebih lagi dengan penemuan ciri-ciri darah keturunan melalui DNA dimana bacaan kod keturunan Melayu berasal-usul dari Cina adalah sangat tipis, sangat sedikit atau terlalu jauh. Tetapi boleh dikatakan mempunyai kedominan pada darah keturunan bangsa Mala yang juga mempunyai ciri-ciri Farsi, Arab, Yahudi dan darah bangsa Eropah purba yang lainnya dan juga darah keturunan Mesir purba..

Baru-baru ini pembongkaran halangan kerajaan Siam dan Burma dalam menggalakkan cendekiawan yang terdiri dari ahli sejarawan menggambarkan bahawa ada konspirasi antara pemerintah Burma dan Thailand menyembunyikan fakta sejarah tamadun asal bangsa mereka. Hal ini dikatakan atas arahan dan kehendak pentadbir atau penjajah barat terutama Inggeris yang tidak memberi galakan kepada rakyat Burma dan Thailand untuk menyelidik sejarah purba mereka atas alasan ia begitu sensitif kerana bangsa pemerintah Burma dan Thailand itu bukanlah dari bangsa asal negara itu. Hanya setelah perkampungan atau penemuan kawasan tulang-belulang haiwan purba raksaksa di utara Thailand pada 2003 barulah aktiviti dan minat pengkaji sejarah purba dan tamaddun dunia yang bebas dari seluruh dunia diberi kebebasan membuat penyelidikan untuk mengkaji apa-apa sejarah yang tersembunyi disebaliknya.

Sebelum ini hanya Angkor Wat di Kemboja saja yang telah diberi pengiktirafan sebagai salah sebuah binaan yang ajaib di dunia kerana seni bangunan itu terlalu halus dan jika difikirkan cara dan teknik yang digunakan untuk membangunkannya pada zaman dahulu yang tiada peralatan canggih sebagaimana sekarang boleh dianggap sebagai mustahil. Satu maklumat yang amat menarik dari kajian pakar sejarah tempatan Burma, Thailand, Kemboja dan Vietnam ialah mereka bersetuju membuat kesimpulan bahawa kebudayaan yang tinggi ini adalah warisan kebudaya asal-usul datuk nenek moyang mereka yang dikenali sebagai Bangsa Mala berasal dari pergunungan Himilaya. Dan yang paling menarik, mereka mendapati bangsa yang terdekat dengan warisan keturunan Mala ini pada masa ini ialah orang Melayu. Lebih jauh dari itu seorang pengkaji sains sejarah yang merupakan seorang professor terkenal dari Brazil telah mengemukakan sebuah teori hasil dari kajiannya yang mendakwa benua Atlantis yang hilang itu sebenarnya terletak di Asia Tenggara kerana terdapat beberapa bukti tinggalan sejarah purba yang dijumpai di dasar lautan dan dari rupa bentuk mendapan bumi di situ yang telah tengelam.

Sayang sekali pemimpin Melayu khususnya UMNO masih seperti dahulu dengan sifat-sifat warisan datuk nenek moyang iaitu bersikap sombong bodoh walaupun mudah bertoleransi, susah bersatu padu dan saling suka iri hati dan berhasad dengki sesama sendiri. Mereka tidak melihat hal ini adalah penting kerana mereka mengaju kepada hanya untuk kepentingan diri sendiri dan tidak secara kolektif. Sejarah membuktikan bahawa hanya mereka yang terlalu keras hati, kuat atau gagah dan zalim yang berjaya tetapi kejayaan mereka membina kerajaan adalah kerajaan hamba dimana fikiran rakyat diracuni dengan memaksa menganggap raja adalah wakil tuhan.

Seorang pengkaji sejarah sosial dan anthropologi Islam dari dunia Arab yang terkenal hingga sanggup merumuskan kajian sainstifik beliau dengan persepsi bahawa orang Melayu sebenarnya adalah berasal dari sebuah bangsa purba yang bertamadun tinggi dan sering diberi petunjuk dari Tuhan Yang Maha Agong tetapi sering alpa dan menjerumuskan diri kepada kesesatan. Bangsa dan kebudayaan tamaddun Melayu diperkirakan berasal-usul dari bangsa Mala yang bernenek moyangkan Katuha iaitu isteri ketiga kepada Nabi Ibrahim dan hal ini ada disebut di dalam taurat dan zabur. Malah Katuha ialah seorang perempuan bangsawan yang telah mempunyai kebudayaan yang tinggi berasal dari anak-cucu manusia pertama iaitu Adam ketika Nabi Adam menyebarkan benih keturunannya di peringkat awal tamadun manusia yang didakwa berlaku di tanah besar India sekarang.

Kesesatan bangsa Mala dari menyembah Tuhan tunggal kepada tuhan berlembaga atau tuhan yang diserupakan dengan patung dan sebagainya, kemudian tuhan berbentuk dewa dan roh-roh sama ada baik mahupun jahat adalah hasil sikap ego dan sombong bodoh mereka kerana terlalu berbangga dengan kemajuan tamadun dan kerajaan mereka sehingga mendewakan tokoh atau raja-raja yang hebat. Mereka juga sering mengubah anutan agama mengikut kesesuaian dan pemikiran dan pengaruh falsafah hidup. Mereka suka berlomba-lomba dan menunjuk-nunjuk kehebatan beragama sehingga mereka mudah menukar kepercayaan mengikut akal dan keyakinan selaras dengan perkembangan semasa dan keadaan di sekeliling mereka. Mereka kuat dan mudah terpengaruh dengan fahaman baru serperti Hindu, Budha, Animisma dan sebagainya sehingga mudah bertukar kepada Islam dan kemudian apabila falsafah agama baru datang seperti Kritian, Confusus, Tao, Sikh dan sebagainya mereka mudah menyesuaikannya dengan fikiran dan falsafah kebudayaan mereka yang sentiasa dikata berkembang.

Sehubungan dengan jumpaan baru ini Tun Sheikh berpendapat bahawa sebenarnya kita tidak boleh merdeka dengan perpektif akal dan fikiran mahupun kebudayaan. Ini adalah kerana kita telah ditakdir memang wujud dari perhambaan yang azali. Kesesatan kita berlaku kerana kita sangat berusaha untuk memahamkan kemerdekaan itu mengikut akal fikiran kita yang lemah tetapi mempunyai nafsu besar yang tersembunyi. Oleh itu bagi Tun Sheikh kemerdekaan yang tulin adalah dengan mengikut petunjuk milik Tuhan yang menghantar kita ke bumi ini sebagai hambaNya. Dan petunjuk itu adalah melalui agamaNya dan agamaNya yang terpelihara dan diridhaiNya hanya Islam. Oleh itu kita mesti berusaha mengimarakkan kefahaman mengenai agama terlebih dahulu daripada kefahaman dan semangat kemerdekaan melalui warisan kebudayaan kita.

Oleh Tun Sheikh Engku Bendahara

Sumpah Laknat Yang Mengerunkan

0 comments
Sumpah Yang Mengerunkan Jadi Mainan UMNO

Tunggulah Bahawa Bencana Yang Dijanjikan Akan Sampai


Satu bukti kesombongan besar UMNO ialah tindakan Datuk Trio UMNO mengemukakan pertuduhan seks dilakukan oleh DSAI melalui rakaman video. Semua orang tahu bahawa mereka adalah tokoh desperado dalam politik yang terlibat dengan wang jutaan ringgit. Mereka sebenarnya masih kaya dan masih bergelar jutawan tetapi tindakan mereka dipercayai kerana desakan dan dendam. Mungkin wang jutaan ringgit yang dimiliki, bukan 100% milik penuh mereka. Kesedaran rakyat melalui penerangan PR bahawa BN menyeleweng dalam segala agendanya yang membabitkan wang negara dan hanya mengutamakan kroni mengaut dan mengsonglap duit rakyat amat mencemaskan mereka. DSAI pula berjaya membuktikan kes-kes penyelewengan BN kerana beliau sendiri pernah berada di dalam bersama mereka yang buas. Beliau dianggap sebagai batu penghalang kerakusan mereka dan konspirasi penyingkiran DSAI pun direncanakan.

Akhir-akhir ini, hujah dan penjelasan PR yang dianggap merapu disahkan betul melalui laporan tahunan parlimen Jabatan Audit Negara yang mengamalkan disiplin ketelusan. Orang juga tahu, keberanian Datuk Trio kerana ada pendokong dan ketua pemikir genius yang kebal di belakang mereka. Ada orang mengesyaki Tun Dr. Mahathir dan Tan Sri Sanusi Joned yang telah berjaya menyingkirkan Pak Lah kerana tidak mengikut MOU mereka. Kini ada juga desas-desus bahawa PM juga tidak disenangi kerana sangat terikat dengan APCO dan wanita pertama. Pandangan mantan PM Tun Dr Mahathir dianggap masih relevan dan rasional oleh sesetengah ahli UMNO dan orang Melayu walaupun Tun Dr Mahathir pernah juga dimalukan. Ini adalah kerana beliau dan klik-klik setianya tidak suka PM sekarang terikat secara lansung dengan agensi Yahudi dan dipengaruhi isteri.

Isu Datuk T dilihat oleh para ulamak sebagai penghinaan agama yang dilakukan oleh UMNO. Ini adalah kerana mereka tidak menghormati perundangan Islam yang mereka sendiri kuatkuasakan. Tanpa sedar, syariat atau perundangan Islam kelihatan begitu daif sekali, tidak berkualiti dan kuasanya tunduk dibawah kuasa perundangan ciptaan manusia iaitu undang-undang jenayah dan sivil sekular. Sebenarnya, perundangan syariat yang mereka kuatkuasakan itu tidak menyeluruh malah ada yang telah diubahsuai mengikut pemikiran mereka.

UMNO yang yakin mempunyai kuasa dan pengaruh kuat dalam politik, ekonomi dan kemajuan pembangunan fizikal kelihatan tidak meluhurkan undang-undang yang diciptanya kerana yakin berkuasa meminda atau terasa kebal. Mereka yakin undang-undang itu boleh diubah mengikut kehendak mereka. Maka salah satu sebab mereka menolak perundangan Islam seperti hudud dan qisas kerana undang-undang atau hukum syariat telah termaktub dengan jelas mengikut firman Allah dan tidak boleh diubah-ubah.

Kes video seks DSAI oleh Datuk T UMNO, kini sengaja diperbesar dan menjadi berita perdana saban hari. Kesahihannya pada hakikat tujuan dan matlamat mereka bukan agenda utama. Apa yang penting, segala lapisan rakyat disuapkan dengan mesej dan imej kebobrokan PR supaya rakyat tiada pilihan lain untuk memilih kecuali BN. Tanpa mereka sedar atau mungkin sahaja mereka tidak mempedulikan kesensitifan Islam, mereka telah mengundang angin dan bayang-bayang penghinaan kepada diri mereka sendiri. Islam pula telah dilihat oleh rakyat selama ini dipersok di satu sudut. UMNO dan BN jelas kelihatan tidak menghormati kesucian Islam dan selama ini mereka hanya menonjolkan watak pejuang memperguna dan memperalatkan Islam untuk kepentingan diri dan politik. Rakyat segala lapisan tidak kira yang beragama Islam atau bukan Islam tertipu dan dikelirukan oleh UMNO dan BN seperti dilaporkan oleh bekas presiden MCA.

Apabila parti-parti dan rakyat bukan Islam mula berjinak dan berminat dengan falsafah Islam yang bernilai sejagat untuk penghidupan dan kemanusiaan, UMNO dan BN seperti cacing kepanasan dan berusaha gigih menguar-uarkan retorik aktiviti dan program nasional dengan tujuan melarikan tumpuan rakyat supaya tidak mendekati dan memahami kesyumulan Islam. Mereka sungguh yakin jika rakyat berbilang kaum dan agama mengenali Islam, maka kedudukan dan kuasa politik partisan mereka akan terkubur. Mereka juga sangat yakin, dengan terus berusaha mengelirukan disamping memberi hiburan kepada rakyat dalam segala hal kecuali agama atau terhadap kesyumulan Islam yang tulen, mereka akan berjaya mengekalkan kuasa sedia ada.

Dari pengamatan para pakar dan penganalisa politik, sebenarnya UMNO dan BN tidak mengutamakan agama mahupun Melayu. Mereka sebenarnya sedang mempertahankan kuasa, kepentingan dan keistimewaan peribadi yang mereka nikmati sejak kemerdekaan dengan menggunakan isu bangsa dan agama. Ini adalah kelihatan apabila ditinjau dari segi kepentingan dan keperluan rakyat yang pelbagai kaum dan agama. Kekayaan negara tidak diagihkan untuk kepentingan semua rakyat kecuali kroni-kroni dan orang yang berdekatan dengan mereka. Di satu sudut lain, rakyat pula menjadi sumber kewangan kepada perancangan pembangunan mereka. Mereka bijak mengeksploit rakyat. Hal ini jelas kelihatan apabila mereka berterusan bersetuju mengikut permintaan pelabur menaikan harga barang keperluan dan sentiasa bersungut terhadap penampungan subsidi.

Sepintas lalu, jika kita mencongak kehebatan dan keupayaan pemimpin UMNO dan BN semua peringkat dalam hal ekonomi, harta dan kos penyaraan hidup mereka, kita akan mendapati dan menganggap mereka seperti orang yang berjaya. Mereka mampu menanggung kos keperluan hidup bukan sahaja untuk diri mereka tetapi juga sudah tersedia untuk anak dan cucu mereka. Pada waktu yang sama kita hanya berpeluang dan berupaya untuk mencari sedikit penghidupan untuk diri kita sendiri dan terpaksa meletakkan nasib anak cucu kita kepada ihsan kepimpinan negara yang diterajui mereka. Maka terjadilah kita sebagai sebuah bangsa yang dibayangi mentaliti perhambaan kerana keterikatan itu. Haruslah kita ingat, bahawa kemajuan yang dibawa mereka seiring dengan kesombongan akan mengundang bala bencana. Bala bencana dan malapetaka sama ada dari Tuhan mahupun hasil akibat tangan manusia sendiri. Ini akan berlaku apabila hal-hal agama dipersendakan seperti isu sumpah laknat dan isu seks yang dipermain dan diperbesar-besarkan dan menjadi berita mahupun budaya arus perdana politik negara kita.

Oleh Tun Sheikh Engku Bendahara
 
Copyright 2009 Blog Tun Sheikh
BloggerTheme by BloggerThemes | Design by 9thsphere